Mar 23, 2014

Karena apakah Manusia Masuk Surga?



Seseorang masuk syurga bukan karena amalannya tetapi rahmat Allah
Sebuah hadits menyatakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 مَا مِنْ أَحَدٍ يُدْخِلُهُ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ.
فَقِيلَ: وَلاَ أَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟
قَالَ: وَلاَ أَنَا إِلاَّ أَنْ يَتَغَمَّدَنِي رَبِّي بِرَحْمَةٍ.
Tidak ada seorangpun yang memasuki syurga karena amalannya.” Maka (seseorang) berkata: “Tidak juga anda wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Tidak juga aku kecuali bila Rabbku melimpahkan rahmat kepadaku.”(1)
Walau bagaimanapun Allah Subhanahu waTa’ala telah berfirman, bahawa dikatakan kepada orang-orang yang memasuki syurga pada Hari Akhirat kelak:
 أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ.
 Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. [al-A’raaf 7:43]
 Maksud di antara hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di atas dan ayat ketujuh surah al-A’raaf adalah, seseorang itu dengan amalannya akan diberi ganjaran syurga. Namun amalan manusia amatlah kecil berbanding kebesaran ganjaran syurga yang Allah sediakan. Dengan amalan seseorang saja tidak akan cukup untuk melayakkan dirinya menikmati segala yang ada di dalam syurga. Akan tetapi dengan rahmat Allah jualah seseorang itu dapat memasuki syurga dan menikmati segala anugerah di dalamnya.
Syaikh Hafiz bin Ahmad al-Hikami rahimahullah (1377H) menerangkan:
Tidak ada pertentangan di antara dua dalil tersebut (ayat ketujuh surah al-A’raaf dan hadits Rasulullah). Ini karena huruf ba dalam ayat ketujuh surah al-A’raaf adalah ba sababiyyah yang menunjukkan sebab masuk syurga. Amal shalih memang merupakan sebab masuk syurga. Sebuah hasil muncul tentu dengan sebabnya.
Apa yang dinafikan dalam hadits adalah ba tsamniyyah yang menunjukkan syurga adalah balasan kepada amal shalih. Ini karena sekalipun seorang hamba diberikan umur panjang sepanjang usia dunia lalu dia terus menerus melakukan puasa pada siang hari dan sholat pada malam hari serta menjauhi semua kerja mungkar, seluruh amalannya itu tidak cukup untuk mengimbangi nikmat terkecil yang diberikan Allah kepadanya di dalam syurga. (2)
Kesimpulannya, Allah Subhanahu waTa’ala sejak azali sudah mengetahui siapakah di kalangan hamba-Nya yang akan memasuki syurga. Sebagai manusia, kita tidak tahu apakah akan memasuki syurga atau neraka. Justeru hendaklah kita beramal, niscaya Allah akan memaasukkan kita ke dalam syurga. Namun anugerah syurga jauh lebih besar dibanding amalan kita, maka janganlah kita anggap syurga itu adalah balasan (compensation) ke atas amalan kita. Ia sebenarnya adalah rahmat Allah yang melimpah-limpah kepada kita.
***
(1)Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadits no: 5037 (Kitab Shifat al-Qiyamah, Bab seseorang tidak akan masuk syurga dengan amalnya, tetapi dengan rahmat Allah.)
(2)‘Alam al-Sunnah al-Manshurah li I’tiqadi al-Tha’ifah al-Najiyyah al-Manshurah (edisi terjemahan oleh Abu Umar Basyiir atas judul Buku Pintar Aqidah Ahlussunnah; at-Tibyan, Solo)

No comments:

Post a Comment