Dec 2, 2013

Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah



وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَن أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ , قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ ؟
 قَالَ : الْجَمَاعَةُ.
Demi Allah, yang jiwa Muhammad di Tangan-Nya , sesungguhnya umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Yang satu masuk Syurga, sedangkan yang 72 masuk Neraka. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapakah mereka (yang masuk Syurga itu)? Beliau menjawab: Al-Jama’ah. (Hadis riwayat Ibnu Majah, Ibn Abi ‘Ashim dan al-Lalaka‘i dengan sanad yang baik dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no: 1492)

Siapakah golongan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah tersebut maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam hanya menjawab: “Mereka yang mengikuti aku dan sahabat-sahabatku". Lebih terperinci hadis tersebut berbunyi:

وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً. قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي.

Dan akan terpecah umatku menjadi 73 aliran, semua mereka masuk Neraka kecuali satu aliran. Para sahabat bertanya: Siapakah aliran itu yang Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Mereka yang mengikuti jalan hidupku dan jalan para sahabatku. (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi, hasan dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Iman, hadis no: 2641)

Sebelum wafat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah berwasiat:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذ
وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ. فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.

Sesungguhnya orang yang hidup sepeninggalan aku akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu memegang sunnah aku dan sunnah para khalifah yang mendapat petunjuk lagi bijaksana. Berpegang teguhlah kepadanya, gigitlah dengan geraham dan hati-hati jangan sampai mengada-adakan urusan yang baru. Ini kerana setiap urusan yang baru adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah kesesatan. (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih Shahih Sunan Abu Daud, Kitab al-Sunnah – no: 4607).

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga pernah memuji pegangan Salaf Soleh yaitu mereka yang hidup dalam lingkungan tiga masa pertama keIslaman. Hal ini diisyaratkan dalam:

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ.
Sebaik-baik manusia adalah generasiku (para sahabat) kemudian generasi berikutnya (tabi’in) kemudian generasi berikutnya (tabiu’t tabi’in) (Shahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, no: 3650)


Ciri-Ciri Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah
Adapun ciri-ciri khas akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ialah: 

1.   Menyandarkan keyakinan mereka berdasarkan keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadis yang sahih serta akal yang sejahtera.
2.   Mendahulukan keterangan Al-Quran dan Al-Hadis jika dianggap berselisih dengan akal fikiran, bukan sebaliknya.
3.   Mengutamakan pegangan akidah Salaf Soleh sebab merekalah yang telah mendapat pujian Rasul shallallahu 'alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment