Hadits A:
Sabda Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam:
Siapa yang taat kepadaku maka
sesungguhnya dia taat kepada Allah. Dan siapa yang durhaka kepadaku maka
sesungguhnya dia durhaka kepada Allah. Dan siapa yang taat kepada pemimpin maka
sesungguhnya dia taat kepadaku. Dan siapa durhaka kepada pemimpin maka sesungguhnya
dia durhaka kepada aku.(1)
Hadits B:
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam:
Tidak ada ketaatan dalam perbuatan
maksiat terhadap Allah. Sesungguhnya taat hanya dalam kebaikan. (2)
Dua hadits di atas nampaknya saling bertentangan. Hadits A
memerintahkan ketaatan kepada pemimpin secara mutlak manakala hadits B
memerintahkan ketaatan hanya dalam hal-hal yang merupakan kebaikan, tidak dalam
hal-hal yang merupakan kemungkaran dan kemaksiatan.
Pertentangan ini dapat dihilangkan dengan mengkaji secara
mendalam susunan teks antara kedua-dua hadits di atas. Hadits A berbicara
secara terbuka tanpa adanya syarat dan batasan manakala Hadits B berbicara
secara bersyarat dan memiliki batasan.
Hadits A dikenali sebagai hadits yang memiliki Lafaz
Mutlaq, iaitu lafaz yang menunjukkan atas suatu objek yang tercakup
dalam jenisnya tanpa dibatasi oleh suatu batasan dari cakupan tersebut.(3) Hadits B dikenal sebagai hadits yang memiliki Lafaz Muqayyad,
iaitu lafaz yang memiliki petunjuk atas sesuatu yang telah dibatasi dengan
suatu batasan yang mempersempitkan cakupannya atau petunjuk lafaz tersebut
telah tertentu maknanya.(4)
Apabila bertemu antara hadits yang memiliki lafaz
Mutlaq dengan hadits yang memiliki lafaz Muqayyad, maka hendaklah hadits
lafaz Mutlaq tersebut difahami mengikut petunjuk yang dibawa oleh hadits
yang memiliki lafaz Muqayyad. Ini adalah karena hadits lafaz Muqayyad
berperan melengkapi dan memperincikan lagi petunjuk hukum yang dibawa oleh hadits
lafaz Mutlaq tersebut.
Berkata Sayfuddin al-Amidi(5): Kami tidak mengetahui adanya perselisihan pendapat di
antara para ulama’ mengenai bolehnya mengamalkan lafaz mutlaq yang difahami
secara muqayyad dalam masalah ini. Memang seharusnya demikian. Mengamalkan
lafaz muqayyad bererti telah mengamalkan petunjuk hukum yang terkandung dalam
lafaz mutlaq, manakala mengamalkan lafaz mutlaq tidak berarti mengamalkan
petunjuk hukum yang terkandung dalam lafaz muqayyad. Sehingga menjama’kan
keduanya merupakan kewajipan utama yang harus dilakukan.(6)
Kembali kepada pertentangan antara Hadits A dan B di atas,
maksud sebenanyar antara kedua hadits tersebut adalah, hendaklah taat kepada
pemimpin selagi pemimpin tidak memerintahkan sesuatu yang berupa kemungkaran
atau kemaksiatan. Pembatasan yang dimiliki oleh Hadits B melengkapi maksud yang
terkandung dalam Hadits A, sehingga keduanya menjadi muafakat antara satu sama
lain.(7)
Inilah sebenarnya maksud yang dikehendaki oleh Rasulullah sallalahu-alaihi-wasallam
apabila beliau memerintahkan ketaatan kepada seseorang pemimpin, dan mengaitkan
ketaatan tersebut sebagai ketaatan kepada dirinya dan kepada Allah Azza wa
Jalla. Kehendak ini diperkuatkan lagi oleh baginda dengan sebuah hadits lain:
Patuh dan taat
hanyalah benar selagi tidak diperintah dengan kemaksiatan. Jika diperintah
dengan kemaksiatan maka tiada lagi kepatuhan dan ketaatan. (8)
***
(1)Sahih: Hadits dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh
al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 1835 (Kitab
Pemimpin, Bab wajib taat kepada pemimpin pada perkara selain maksiat..........).
(2)Sahih: Hadits dari ‘Ali
bin Abi Talib radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan
lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 1840.
(3)Mustafa Sa‘id Khin – Asr
al-Ikhtilaf fi al-Qawa‘id al-‘Usuliyyah fi Ikhtilaf al-Fuqaha’ – ms 244,
dinukil daripada Muqaranah Mazahib fil Ushul, ms 195-196 oleh Romli SA.
Teks Arabnya adalah seperti berikut:
(5)Beliau ialah seorang tokoh besar dalam bidang
Usul Fiqh Mazhab Shafi‘i. Dilahirkan di Amid, Turki pada 511H dan berhijrah ke
Baghdad, Damsyik dan Kaherah untuk belajar dan mengajar. Kitab beliau yang
masyhur ialah al-Ihkam fi Usul al-Ahkam. Imam al-Amidi meninggal dunia
pada tahun 631H.
ReplyDeleteMemahami Islam tidak cukup hanya lewat teks, tapi juga harus memahami konteks. Keduanya harus dipahami dan tidak bisa ditinggalkan. Kalau anda melulu melihat teks maka anda akan seperti orang yang hidup dalam goa. Kalau anda hanya berpegang pada konteks dan melupakan teks maka anda akan seperti anak panah yang lepas dari busurnya tanpa sasaran arah yang jelas. Sebaik-baik urusan itu memahami teks sesuai konteksnya.
http://bogotabb.blogspot.co.id/
https://www.kiblat.net/2014/11/19/bilamana-berhukum-dengan-selain-hukum-allah-dianggap-kufur-akbar/