Hadits A:
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Janganlah seseorang
dari kamu minum sambil berdiri. Siapa terlupa, maka hendaklah dia
memuntahkannya. (1)
Hadits B:
Berkata al-Nazzal
rahimahullah, ‘Ali radiallahu ‘anhu datang ke pintu kawasan lapang (di
perkarangan masjid Kufah(2)) dengan (segelas)
air lalu diminum sambil berdiri. Kemudian ‘Ali berkata: Sesungguhnya manusia,
sebagian dari mereka tidak menyukai minum sambil berdiri, Demi sesungguhnya,
aku melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berbuat seperti apa yang kamu
lihat aku buat. (3)
Hadits C:
Berkata ‘Abd Allah
ibn Abbas radiallahu ‘anhu:
Aku menghidangkan
pada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam air zam-zam, lalu baginda
meminumnya sambil berdiri. (5)
Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam dalam Hadits A jelas melarang seseorang untuk minum
sambil berdiri tetapi dalam hadits B dan C, diterangkan pula bahawa baginda
sendiri yang minum secara berdiri. Di sini jelas terlihat pertentangan.
Akan tetapi
jika dikaji, akan didapati bahawa Hadits A adalah hadits perintah yang berasal
dari Rasulullah (sunnah Qauliyah) manakala Hadits B dan C adalah hadits
pengkhabaran tentang perbuatan Rasulullah (sunnah Fi‘illiyah).
Apabila bertemu
antara hadits sunnah Qauliyah dan hadits sunnah Fi‘illiyah, maka
yang menjadi dasar hukum ialah hadits sunnah Qauliyah, manakala hadits sunnah
Fi‘illiyah berperan menafsirkan maksud sebenarnya yang terkandung dalam hadits
sunnah Qauliyah tersebut.
Kembali kepada contoh pertentangan di atas, Hadits B dan C berperan menafsirkan
maksud sebenar larangan Hadits A, berarti bahwa larangan Hadits A bukanlah
bermaksud haram, tetapi hanyalah makruh. Justru apabila Rasulullah sallallahu
‘alaihi wasallam melarang sesorang minum secara berdiri, ia adalah merupakan
satu larangan dan bukannya satu pengharaman. Namun
diingatkan kembali bahawa yang menjadi dasar hukum ialah Hadits A, maka
hendaklah seseorang itu tetap berusaha untuk menjauhi minum secara berdiri,
kecuali apabila uzur, lupa atau apabila suasana tidak mengizinkan.
***
(1)Sahih: Hadits dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu,
dikeluarkan oleh Muslim, lihat Sahih Muslim – no: 2026 (Kitab
Minuman, Bab tidak disukai minum secara berdiri). Hadits larangan minum
secara berdiri juga diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Sa‘id al-Khudri
radiallahu ‘anhuma.
(3)Sahih: Hadits dikeluarkan oleh Ahmad dan
al-Bukhari, lihat Sahih al-Bukhari – no: 5615. (Kitab Minuman, Bab
minum sambil berdiri).
(4)Sahih: Hadits dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari,
Muslim dan lain-lain, lihat Sahih Muslim – no: 2027 (Kitab Minuman,
Bab minum air zam-zam sambil berdiri).
No comments:
Post a Comment